
BANTUAN BARANG ELEKTRIK UNTUK MANGSA BANJIR
Banjir yang berlaku berikutan hujan yang tidak henti henti membuatkan kami terpanggil untuk melancarkan bantuan ini untuk menampung dan digunakan untuk menyantuni mereka yang terjejas dengan musibah kali ini.
Kita lihat keadan semasa di media sosial mahupun di media massa banyak rumah yang ditenggelami air, perkakas rumah dan barang elektrik rumah habis rosak, kenderaan di asuki air menimbulkan banyak kerugian buat mangsa banjir ini. ditambah pula kita masih diuji dengan covid 19.
Kalau lihat di sesetengah tempat, paras banjir melebihi paras dada, ada rumah yang terus tenggelam dalam banjir. Sudah pasti segala peralatan elektrik mahupun apa-apa barangan didalam rumah mereka total lost. Tak ada lagi barang yang dapat digunakan semula kerana sudah ditenggelami air. Mereka terpaksa bermula semula kehidupan daripada awal seperti baru memulakan kehidupan berkeluarga. Alangkah kesian dan susahnya nak mulakan hidup baru.
kami di Nurani Relief memulakan kempen BANTUAN BARANG ELEKTRIK UNTUK MANGSA BANJIR bagi membantu mereka pasca banjir.
Antara barang elektrik yang dicadangkan adalah:
- Peti Sejuk
- Periuk Nasi
- Mesin Basuh
- Dapur Gas
- Mesin Pengisar
- Pemanas Air
1 Bahagian Bantuan Barang Elektrik: RM150
16 Bahagian / 1 Keluarga: RM2400
An tidak mampu menyantuni mereka? dengan menyumbang untuk tabung ini juga salah satu cara kita menyantuni mereka secara tidak sedar. untuk itu marilah kita menyumbang dan kongsikan tentang tabung ini kepada orang lain agar yang berhati mulia seperti anda semua dapat mengambil manfaat dari nya.