CINTA DAN PRIHATIN SELAYANG | “1 KOMUNITI 1 RAK”

SEKETARIAT CINTA DAN PRIHATIN SELAYANG melancarkan Projek "1 KOMUNITI 1 RAK" bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan pandemik kini khususnya di sekitar Selayang. Seketariat ini kini telah bergabung dengan lebih 38 pihak yang terdiri daripada gabungan 13 Masjid & Surau, 4 Komuniti Rukun Tetangga (KRT), 12 Ngo tempatan, 8 restoran kedai syarikat dan 1 media.
1 KOMUNITI 1 RAK
Keadaan Pandemik kini yang kami kira amat mencabar buat semua. dari golongan pertengahan sehingga rakyat marhein semua terkesan. Berapa banyak syarikat yang dah pun bankrap kerana tak mampu untuk bertahan sepanjang lockdown yang lepas. Kini Lockdown 2.0, PKP, PKPD setiap bulan. Berapa ramai pula ketua keluarga yang diberhentikan kerja, Ibu Ibu tunggal yang seorang diri menyara kelurga kini sudah terputus bekalan makanan.
Mereka semua sudah habis wang simpanan, bagaimana pula dengan faqir miskin yang sedia ada tidak mempunyai wang simpanan dan kini mencatu makanan, mendahulukan anak isteri agar hilang tangisan dan kelaparan. Allahu Akbar. Pilu hati betapa sudah hilang kemeriahan rumah yang dahulu dengan gelak tawa anak-anak yang kini lemah termenung memikirkan nasib diri dan perut yang belum terisi dari pagi hingga dinihari, ada pula berhari tidak makan.
Mereka ini malu untuk menagih simpati apatah lagi meminta-minta dengan orang lain. Mahu ke rak makanan di luar segan terpaksa tulis nama dan disoal siasat semata-mata sekampit beras.
Kami menyeru, mari bersama kami dan membantu masyarakat kita dan bina masyarakat yang lebih baik
•Nurani Relief merupakan rakan kerjasama Cinta Dan Prihatin Selayang