DAPUR KASIH ASNAF (DKA)
Kami Sampaikan Sumbangan Anda.
.
Assalamualaikum, Kami dari NGO Nurani Relief, ingin mengajak anda untuk bersama kami, bagi sama-sama menjayakan projek sumbangan ini.
.
Untuk makluman Tuan/Puan, sasaran kami adalah membekalkan makanan dan bekalan asas kepada 600 buah keluarga anak yatim dan asnaf pada setiap bulan. Makanan dan bekalan asas diagihkan mengikut keperluan mereka. Perbelanjaan yang diperlukan beranggaran sebanyak RM30,000 sebulan.
Tuan/Puan,
Projek Makanan untuk anak yatim dan asnaf telah kami jalankan sejak daripada tahun 2017 lagi, dan kami optimis akan memberi lebih banyak sumbangan untuk mereka pada tahun ini.
Jadi kami menjemput anda untuk menyumbang sedikit sebanyak kepada NGO NURANI RELIEF supaya lebih ramai lagi ANAK YATIM DAN ASNAF dapat dibantu.
Bayangkan, seberapa besar ganjaran pahala yang diperoleh dan saham akhirat yang dijana dengan sumbangan yang diberikan apabila buatkan mereka gembira, dan juga, ia adalah perkara yang amat dicintai oleh Rasulullah s.a.w.
AKTIVITI NGO NURANI SEPANJANG TAHUN
Sumbangan yang bakal dihulurkan kepada mereka bergantung pada keperluan dan keadaan.
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG ??
Tuan/Puan boleh memilih pakej sumbangan mengikut kemampuan :
- PAKEJ A : 100 Orang Asnaf = RM1000
- PAKEJ B : 50 Orang Asnaf = RM500
- PAKEJ C : 30 Orang Asnaf = RM300
- PAKEJ D : 10 Orang Asnaf = RM100
- PAKEJ E : 5 Orang Asnaf = RM50
- PAKEJ F : Bekalan Makanan Asnaf = RM30
- PAKEJ G : Seikhlas Hati
Pemberian yang anda bakal hulurkan sebentar lagi bakal menggembirakan Rasulullah s.a.w. kerana menggembirakan asnaf dan anak yatim adalah kegembiraan Baginda Nabi. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diredhai oleh Allah SWT.
"SAHAJA AKU BERSEDEKAH HARI INI KERANA ALLAH TAALA"