EMERGENCY CALL TABUNG BANJIR KEDAH Dan Kawasan Lain

[EMERGENCY CALL] TABUNG BANJIR KEDAH, PERAK DAN JOHOR

Dan Beberapa Kawasan Lain


Nurani Relief merupakan NGO yang berdaftar dengan ROS kini membuka tabung khusus buat mangsa banjir kilat di beberapa buah kawasan di Semenanjung, terutama di Kedah kini. Kutipan ini bagi memberi bantuan segera kepada mereka yang terjejas dengan Bencana Banjir Kilat.


Terkini:


Banjir kini telah masuk gelombang keempat yang meranapkan lebih banyak rumah-rumah dan kawasan kediaman masyarakat yang rata-rata adalah orang kampung di pedalaman Kedah. Hujan yang turun telah menyebabkan peningkatan air di sungai-sungai utama negeri, ramai masyarakat di sana rata-rata bekerja sendiri dan menoreh getah.


Banjir bukan sahaja menenggelamkan rumah-rumah mereka, bahkan turut membawa pergi hasil-hasil punca rezeki mereka yang kebanyakan pertanian dan penternakan haiwan...





Gelombang Banjir

Banjir yang melanda negeri Kedah telah berlarutan sejak 17 September lepas. kini sudah hampir sebulan mereka meredah banjir yang melanda negeri mereka. Beberapa kali mereka berpindah dari rumah ke PPS kerana air yang naik sehingga ke bumbung rumah. selang beberapa hari di PPS mereka balik dan membersihkan rumah, Bah melanda lagi merosakkan lebih banyak harta benda dan kenderaan.


Bagaimana keadaan wanita, kanak-kanak dan warga emas yang kini berlindung di PPS (Pusat Pemindahan Sementara)? status kesihatan mereka dan pelajaran anak-anak terutama yang akan menghadapi perperiksaan besar seperti SPM, STPM & STAM?



Kutipan Dana ini adalah untuk menyediakan kit keperluan asas segera buat mangsa banjir.


Antara barang tersebut adalah: -Kain Telekung -Kain Pelikat -Kain Batik -Sejadah -Selimut -Bantal -Makanan Asas -Air Mineral

Apa yang anda boleh bantu?

Sebanyak 1000 Kit diperlukan untuk membantu mangsa banjir yang terlibat

1 KIT Emergency = RM50 bagi satu keluarga

*Kit adalah berdasarkan keperluan dan keadaan yang difikirkan perlu oleh agensi yang bertugas



Sumbangan boleh disalurkan melalui

MAYBANK 5624-0563-5152 PERTUBUHAN KEBAJIKAN INTEGRASI NURANI (NURANI)* Reference : Kit Bantuan


"Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah melapangkannya daripada kesusahan di Hari Kiamat" - Sahih Muslim


Bantuan Pasca Banjir ini dilakukan dengan kerjasama:
-Nurani Relief
- Komuniti KL
-Muafakat Komuniti Selayang
-Muafakat Komuniti Ampang KL
-Muafakat Komuniti Cheras KL
-Women Global Network
-Ngo Murni Sik Kedah













Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
1 Kit Emergency/Keluarga = RM50
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

NURANI RELIEF
nuranirelief@gmail.com
+60183583140
Whatsapp Admin