TAJAAN BERBUKA PUASA UNTUK WARGA ASNAF DAN MEREKA YANG TIDAK BERKEMAMPUAN
“Ada kalanya nenek terpaksa berpuasa sahaja kerana tidak banyak makanan di rumah. Suami pun sudah lama pergi,”
- Nenek Fauziah -
Nenek Fauziah adalah salah satu warga asnaf yang kami bantu untuk meruskan kehidupan.Bukan beliau sahaja sesiapa sahaja yang tidak berkemampuan atau mengalami kesusahan hidup boleh terus hubungi kami insya Allah,kami akan cuba yabg terbaik (018-358 3140)
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)
Kedatangan Bulan Ramadhan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Namun, tak semua orang mempunyai nasib yang baik seperti orang lain apabila mahu menyambut bulan yang Indah ini. Begitulah nasib golongan asnaf yang terpaksa bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga untuk juadah berbuka puasa. Pilu hati ini bila mengenangkan nasib mereka yang kurang sumber makanan untuk kehidupan.
Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita boleh menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini boleh terjadi dengan sedekah, iaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa.
Sumbangan diberikan oleh pihak penganjur adalah berupa barangan keperluan harian seperti beras dan asas dapur yang bertujuan meringankan sedikit beban ditanggung oleh mereka pada ketika ini dan menjelang sambutan raya.
Siapa yang menolong saudaranya dalam keadaan saudaranya tidak tahu, maka Allah akan menolongnya sdi dunia mahupun akhirat.
Memikirkan nasib hidup golongan asnaf yang terpaksa menyara kehidupan keluarga dengan sumber makanan yang serba-serbi kekurangan.
Alhamdulillah, mungkin bantuan ini hanyalah kecil buat kita, tetapi sangat berharga buat mereka yang memerlukan. Bayangkan hasil sumbangan anda kami dapat berikan lebih banyak kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan asnaf dan B40 bagi meringankan beban dan tanggungan mereka.
"Ukirkan Senyuman, Sebarkan Kegembiraan"
Kami Sampaikan Sumbangan Anda
.
Kami dari KELUARGA KOMUNITI & NGO berdaftar Nurani Relief merupakan NGO kemanusiaan yang berdaftar dengan (ROS) Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-008-10-30072019, ingin mengajak anda untuk bersama kami, bagi merealisasikan Projek Tabung Dana Kebajikan Nurani Relief yang mana tabung kebajikan ini khusus untuk membantu asnaf, anak yatim & aktiviti komuniti masyarakat di dalam dan luar negara.
Projek Tabung Dana Kebajikan Nurani Relief dibuat khusus untuk Asnaf, Anak Yatim & Komunti Masyarakat ini telah kami jalankan sejak daripada tahun 2017 lagi, dan kami optimis akan bagi lebih banyak lagi sumbangan untuk mereka pada tahun ini.
INFAK RAMADHAN RM50
INFAK RAMADHAN RM20
INFAK RAMADHAN RM10
TETUAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN
INTEGRASI NURANI
BANK ISLAM
12225010033667