RAK BEKALAN MAKANAN ASAS ASNAF / RAK KASIH ASNAF




PANDEMIK 2020-2022

Kesan daripada keadaan Pasca Pandemik dahulu yang kami kira amat mencabar buat semua. dari golongan pertengahan sehingga rakyat marhein semua terkesan. Berapa banyak syarikat yang dah pun bankrap kerana tak mampu untuk bertahan sepanjang lockdown yang lepas. Berapa ramai ketua keluarga yang diberhentikan kerja, Ibu Ibu tunggal yang seorang diri menyara kelurga kini sudah terputus bekalan makanan.



PASCA PANDEMIK 2023-2024

Kesan selepas Pandemik memang teruk. Ramai mula jatuh perniagaannya, nak bangunkan semula bukan senang. ada yang jatuh tak bangun-bangun lagi, hancur musnah kehidupan mereka. 

Mereka semua sudah habis wang simpanan, bagaimana pula dengan faqir miskin yang sedia ada tidak mempunyai wang simpanan dan kini mencatu makanan, mendahulukan anak isteri agar hilang tangisan dan kelaparan. Allahu Akbar. Pilu hati betapa sudah hilang kemeriahan rumah yang dahulu dengan gelak tawa anak-anak yang kini lemah termenung memikirkan nasib diri dan perut yang belum terisi dari pagi hingga dinihari, ada pula berhari tidak makan.

Mereka ini malu untuk menagih simpati apatah lagi meminta-minta dengan orang lain.

Kami di Nurani Relief telah mengusahakan berpuluh buah "RAK MAKANAN ASNAF" "RAK KASIH ASNAF" & "RAK SITI KHADIJAH" diseluruh negara sejak PKP yang pertama 2020 yang lepas. Prinsip kami untuk memberi kegembiraan dan menghilangkan lapar keluarga-keluarga di sekitar kawasan komuniti sukarelawan kami di seluruh negara. Mereka tak perlu tulis nama mahupun disoal siasat untuk mengambil bekalan makanan asas.

"AMBIL JIKA PERLU, SUMBANG JIKA MAMPU"

Itu tagline kami, jika ada berkeperluan, ambil sekadar perlu. jika anda berkemampuan, sumbang biar kita semua cakna dan bantu mereka agar mereka tidak kelaparan lagi. Kemudian kongsikan link dibawah untuk sahabat-sahabat kita sama-sama bantu anggota masyarakat kita.

Nabi Salallahu alahi wasallam, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.
(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36)








Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
1 Pek Makanan Asas = RM50
5 Pek Makanan Asas = RM250
7 Pek Makanan Asas = RM350
10 Pek Makanan Asas = RM500
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

NURANI RELIEF
nuranirelief@gmail.com
+60183583140
Whatsapp Admin