RAWATAN ASNAF PERCUMA : SATU ALTERNATIF

Cendanaloka sebuah badan sukarelawan yang mengfokuskan bidang rawatan alternatif bersama NGO Nurani Relief berkolaborasi bagi memberikan khidmat rawatan kepada Asnaf dan Faqir miskin.
Umum mengetahui sejak pandemik Covid19 melanda dunia, banyak perniagaan jatuh merundum, pekerja dibuang besar-besaran menyebabkan golongan B40 dan M40 menjadi asnaf dan faqir miskin. Secara tidak langsung menyebabkan mereka tidak mempunyai kewangan untuk mendapatkan rawatan di klinik klinik. Jumlah ini belum termasuk mereka yang sudah sedia ada asnaf sebelum terjadinya pandemik.
Antara rawatan yang akan diberikan adalah:
1: Rawatan Amalan Bersanad
2: Rawatan Fisioterapi dan Tulang Belakang
3: Rawatan dan Penjagaan Gigi
4: Bekam
5: Rawatan Islam
6: Urutan Melayu
7: Akupuntur
8: Senaman dan Fisioterapi
9: Kaunseling Dan Moral
10: Terapi Jiwa
11: Terapi Cahaya Selawat
12: Mandian Herba dan Bunga
13: Dan Lain-Lain
Rawatan ini akan dilakukan oleh Doktor yang diktiraf oleh KKM dan Perawat Juruterapi bertauliah
Bagaimana anda dapat membantu?
Atas inisiatif tersebut kami di Nurani Relief membuka ruang dan peluang untuk para penderma dermawan menyumbang untuk aktiviti rawatan dan penjagaan sosial kepada mereka ini agar mereka dapat dibantu
Cadangan Kos Rawatan dan :
1 asnaf = RM50
3 Asnaf = RM150
7 Asnaf = RM350
10 Asnaf = RM500
Kami menerima seberapa pun jumlah yang Tuan Puan sudi hulurkan kepada mereka agar mereka kembali sihat dan gembira bersama keluarga yang tersayang.