SUBUH YANG BARAKAH
"Setiap awal pagi saat matahari terbit, Allah menurunkan dua malaikat ke bumi, lalu salah satu berkata: Ya Allah, gantikanlah harta orang yang berinfaq"
(HR Bukhari Dan Muslim)
PAHALA SEDEKAH
Firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Surah al-Hadid: 18)
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Hadis Riwayat Thabrani
Rasulullah SAW Bersabda
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
Hadis Riwayat Bukhari
“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
Hadis Riwayat at-Thabrani

"(Iaitu) Orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan ammarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
(Ali Imran: ayat 134)
Begitulah banyaknya hadis-hadis yang menunjukkan kemuliaan dan keagungan Sedekah yang barakah. Allah menurunkan rahmatnya di Subuh sehinggalah umat Nabi Muhammad mengejar-ngejar akan kelebihan yang boleh diperoleh di waktu yang mulia ini.
Tujuan utama kempen ini adalah untuk mengajak netizen dan masyarakat untuk cakna kepada anggota masyarakat yang lain. Kita lihat kesan pandemik dan Lockdown / PKP benar-benar memberi kesan kepada semua golongan. Hatta golongan M40 dan T20 pun turut terkesan, berapa banyak perniagaan lumpuh dan muflis. Berapa ramai pula rakyat bawahan ini dibuang kerja,
Kami sedar bantuan makanan ini tak boleh kita bekalkan selama-lamanya, untuk itu kami lancarkan kempen Tabung Sedeqah Subuh ini supaya masyarakat boleh menyumbang secara istiqamah setiap minggu. Dengan hanya RM10 seminggu semua orang mampu untuk berinfaq. Bayangkan jika kita sasarkan 300 orang netizen berinfaq RM10 seminggu secara istiqamah selama sebulan.
Seminggu:
RM10 x 300 Netizen = RM3,000
jika Sebulan:
RM3,000 x 4 = RM12,000
Hasil sumbangan infaq ini akan digunakan untuk :
1. Hantar bantuan makanan terus ke rumah-rumah
2. Selesaikan kes yang tiada rumah atau dihalau
3. Bantuan perubatan bagi yang sakit
4. Bil-bil yang tertunggak
5. Food bank
6. Bantuan gajet PDPR
7. Banyak lagi
"Sedekah Bukan Pada Nilai Tapi Pada Hati Yang Ikhlas Memberi"
"Bersedekahlah dengannya Membuka Rezeki Dan Ketenangan"
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELAKUKAN PEMBAYARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TOYYIBPAY