
TABUNG BENCANA MALAYSIA
Banjir semakin memburuk di Terengganu dan Kelantan
Data yang kami terima pagi tadi, hampir 12 ribu orang mangsa di Terengganu, sementara lebih 4 ribu orang di Kelantan.
TERKINI | BANJIR DI PANTAI TIMUR
Banjir kini berlaku di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang. Kawasan yang terlibat adalah:
1: Seksyen 13, Shah Alam
2: Seksyen 22, Shah Alam
3: Padang Jawa, Shah Alam
4: Taman Sentosa, Klang
5: GM Klang, Klang
6: i-City, Shah Alam
7: Taman Sri Muda, Shah Alam
Dilaporkan juga beberapa kawasan di Sepang banjir akibat berlakunya ban pecah, keadaan ini diburukkan lagi dengan lambakan air dari sungai langat yang menerima taburan hujan yang banyak sejak beberapa hari lalu.
Lebih 60 orang mangsa berjaya diselamatkan selepas Kampung Sri Tanjung, Sepang dinaiki air sejak awal pagi tadi.
Kesemua mereka ditempatkan salah satu daripada dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu.
Kami menyeru sahabat semua untuk segera menghulurkan bantuan kepada mereka dengan DOA dan sumbangan supaya mereka dapat dibantu dengan segera. sumbangan anda penting untuk mereka, disaat mereka memerlukan...
di beberapa tempat di Lembah Klang di antaranya di Kuala Lumpur, Kuchai Lama dan beberapa tempat di Selangor kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka yang terjejas di kawasan ini . Bertindak sekarang, bantu mereka segera!
Banjir
Kita lihat keadan semasa di media sosial, media massa banyak tempat yang berlaku adalah kawasan yang terpencil dan kecil, kami berdoa agar banjir agar segera surut kerana semakin lama semakin banyak kerosakan yang berlaku.
Anda berasa tidak mampu menyantuni mereka? dengan menyumbang untuk tabung ini juga salah satu cara kita menyantuni mereka secara tidak sedar. untuk itu marilah kita menyumbang dan kongsikan tentang tabung ini kepada orang lain agar yang berhati mulia seperti anda semua dapat mengambil manfaat dari nya.