
TAHLIL KEKELUARGAAN SYAIKH JUMADIL KUBRA
Ilustrasi Wajah Syaikh Jumadil Kubra
Terlalu banyak sumbangan tokoh Dunia Melayu ini iaitu Syaikh Jumadil Kubra yang berjasa dalam mengislamkan seluruh bumi nusantara melalui perkahwinan dan dakwah sehingga Umat Islam yang teramai didunia datangnya daripada masyarakat Nusantara. Sungguh, kita orang melayu pada hari ini terhutang budi dengan tokoh ini yang daripada hasil dakwahnya dan anak cucu keturunannya lah yang telah menyatukan Nusantara dengan islam.
Seluruh jajaran susur galur Auliya dan Kesultanan Nusantara datang dari sulbi beliau yang melahirkan Wali Songo, Wali 7 Tanah Melayu, Ulama-Ulama Melayu di Haramain, Kesultanan-Kesultanan Melayu Islam. Jika sebegitu besar sumbangannya, pasti pada diri kita ini terkandung sedikit sebanyak jasa beliau dari keturunan darahnya, ilmunya, kerohanian dan khidmat.
Bagi menghargai dan mengumpulkan Kekeluargaan besar inilah kita sama-sama mengadakan Tahlil bagi seluruh Leluhur dan Keturunannya yang banyak jasanya kepada kita semua