PROJEK WAQAF PERIGI SENUSANTARA

Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, ibu saya telah tiada, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” .
Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
Di sini, kami menawarkan cadangan sedekah jariah buat ibu & ayah tuan2/puan2 yang telah dijemput Ilahi.
Kita belum cukup berbakti semasa mereka masih hidup. Jadi, gunakan peluang ini sebaiknya.
Inilah WAQAF YANG PALING AFDHAL untuk IBU AYAH yang telah MENINGGAL DUNIA.
Ayuh kita infaqkan sedikit rezeki yang kita ada untuk niat wakaf kepada ibu ayah yang tersayang.
Inilah peluang & masanya untuk kita berbakti kepada ibu ayah walaupun mereka telah tiada.
Biarlah hadiah kita menjadi amal kebajikan yang sentiasa mengalir khusus buat ibu ayah. Amin.
Semoga usaha ini menjadikan kita dari golongan anak yang soleh/solehah.
Bagi yang berhajat untuk menyumbang :
1 Lot Perigi hanya RM150.00
1 Perigi RM1,500.00