
Di penjuru nusantara, masih ada anak-anak perempuan dan kaum ibu yang masih belum ada pakaian solat yang sempurna. Mereka ini terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Pengalaman kami di negara Kemboja, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Vietnam dan sebagainya melihat realiti hidup mereka dalam menjalani kehidupan beragama.
Sementara itu di Malaysia juga tidak kurang seperti negara jiran, ada sesetengah kaum wanita memakai pakaian solat tapi serba kekurangan. kain telekung bertampal koyak kerana telah digunakan terlalu lama sehingga sudah tidak serupa seperti telekung solat. Jika ada pakaian solat yang bagus, cantik dan baru tentu menggembirakan hati mereka untuk beribadah walaupun serba kekurangan.
"SESUJUD INSAN, SEJUTA KERAHMATAN"
Semoga insan yang sudi mendermakan sedikit wang untuk kami uruskan pembelian set telekung untuk diwaqafkan kepada mereka dilimpahi sebanyak-banyak rezeki oleh Allah.
"WAQAF ADALAH HARTA YANG DISERAH KEPADA ALLAH, DAN HANYA ALLAH SAHAJALAH AKAN MEMBALAS BERAPA BANYAK PAHALA DAN KEBAIKAN UNTUK MEREKA YANG BERWAQAF"